expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 15 October 2012

Lelaki temui al-Quran tertua
















Naskah al-Quran dikatakan ditemui seorang pemuda di Yaman. 


Manama: Seorang lelaki Yaman mendakwa menemui sebuah manuskrip lama yang dipercayai paling tua iaitu naskhah Al-Quran.


Kitab suci umat Islam itu ditemui di dalam penutup kulit dalam sebuah gua di pergunungan selatan bandar Dhale, di bahagian selatan negara itu, lapor halaman web berita Yaman berbahasa Arab, Aden Gulf News. 


Perkataan “Manuskrip ini ditulis tangan pada 200 Hijrah (815 Masihi) tertulis pada halaman pertama dan ujian awal menunjukkan bahawa naskhah berkenaan adalah tulen, menjadikan ia kitab Al-Quran tertua masih wujud. 


Berdasarkan halaman web itu, huruf Arab tidak mempunyai titik yang hanya diperkenalkan pada peringkat akhir dalam abjad Arab untuk membezakan ia dengan huruf lain yang kelihatan sama.


“Pemuda yang enggan dikenali itu dilaporkan turut menerima tawaran sejumlah besar wang bagi menukar manuskrip berkenaan termasuk sejumlah YR12 juta (RM170,664) yang ditawarkan kepadanya, tetapi enggan berbuat demikian,” kata saudara terdekatnya.


Katanya beliau tiba di gua gunung berkenaan dengan mendaki menggunakan tali dan menegaskan itu hanya satu-satu cara untuk ke sana.


Halaman berita itu mendakwa lelaki berkenaan juga menemui sebilah pedang bersebelahan naskhah al-Quran tyang dipercayai milik Ali Bin Abu Talib, Khalifah keempat Islam yang juga menantu Nabi Muhammad.


Beberapa perakuan sejarah mengatakan bahawa ia adalah pedang Dhu Al Faqqar yang dihadiahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Ali. - Agensi

Pameran cacah tatu tradisional


















PAHA kanan Masoe yang ditatu.


WELLINGTON, New Zealand - Satu pameran yang menunjukkan cara penduduk Samoa mencacah tatu diadakan di sebuah galeri di sini pada 5 September lalu.


Pakar tatu Samoa, Su'a Paul Sulu'ape menunjukkan kepakarannya dengan mencacah tatu tradisional terhadap paha kanan Ricky Masoe.


Beberapa lelaki memegang kaki dan tangan Masoe semasa tatu tersebut dilakukan.


Pertunjukan tersebut diadakan di Galeri Bandar Raya Wellington bagi mendedahkan kepada para pengunjung tentang teknik tradisional mencacah tatu. - AFP



Krisis nuklear akibatkan mutasi rama-rama



















Rama-rama di kawasan sekitar loji nuklear Fukushima didakwa mengalami mutasi secara meluas.


TOKYO - Krisis nuklear di loji Fukushima yang menyebabkan kebocoran radiasi didakwa telah mengakibatkan mutasi secara meluas dan pembesaran luar biasa spesies rama-rama Pseudozizeeria maha di Jepun.


Pendedahan yang dibuat berdasarkan kajian ke atas 144 sampel rama-rama di sekitar kawasan loji Fukushima Daiichi mendapati ia mengalami perubahan genetik kerana terdedah pada radiasi tahap tinggi.


Ketua penyelidik Universiti Ryukyus, Joji Otaki berkata, ia mengalami pembesaran luar biasa dan saiznya adalah lebih besar daripada rama-rama biasa.

Perlumbaan lembu di sawah padi
















SEJUMLAH penonton menyaksikan pertandingan perlumbaan Pacu Jawi. - Agensi


PADANG PANJANG, Sumatera Barat – Satu perlumbaan lembu di kawasan sawah padi diadakan di sini kelmarin.


Sukan itu dikenali sebagai Pacu Jawi dalam kalangan penduduk Minangkabau.


Ia diadakan selepas musim menuai padi berakhir. Pada perlumbaan itu, seorang lelaki akan berdiri di atas sekeping papan yang ditarik dua ekor lembu. 


Lelaki itu turut memukul ekor haiwan itu supaya berlari dengan lebih pantas untuk menewaskan pesaingnya. – Agensi

Lelaki gigit ular tedung hingga mati

















GAMBAR fail menunjukkan seekor ular tedung. 


KATHMANDU - Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam.


Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam.


Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut.


"Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah.


"Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu.


"Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.


Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya.


"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbar Annapurna Post.


"Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi 'gila' kerana marah dan mahu membalas dendam.


"Saya membunuhnya dengan gigi saya," tambahnya.


Nepal mempunyai pelbagai jenis ular berbisa dan tidak berbisa.


Salah satu ular berbisa itu dikenali sebagai ular batu India sepanjang 10 meter. 


Menurut agensi berita Reuters, seorang pegawai polis, Niraj Shahi berkata, lelaki itu tidak akan didakwa membunuh ular tersebut.


Menurutnya lelaki itu tidak didakwa kerana haiwan tersebut tidak disenaraikan sebagai spesies terancam. - Agensi

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com