expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 27 May 2012

8 cara kuatkan daya tahan tubuh dari penyakit




Penggantian musim sering menimbulkan pelbagai gangguan kesihatan termasuklah selsema, demam dan sebagainya. Biarpun hanya gangguan kesihatan yang kecil, tetapi ia boleh mengganggu aktiviti seharian anda. Sebenarnya, ia boleh di cegah iaitu dengan cara memperkuatkan system imunisasi tubuh. Ikuti cara-cara utnuk mencegah gangguan kesihatan seperti berikut:



 


1. Membaca Al- Quran


Kajian menunjukkan bahawa membaca atau mendengar Al-Quran boleh memberi kesan yang baik kepada system imunisasi tubuh wanita yang sedang hamil. Ia boleh meningkatkan lagi system kekebalan tubuh si ibu.


 


2. Urutan 


Urutan limpatik merupakan salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh agar tubuh lebih relaks dan tenang. Daripada mengubati, lebih baiklah anda memanjakan tubuh dengan melakukan urutan. Anda boleh melakukan urutan sambil menjalani perawatan kecantikan di spa-spa.


 


3. Berehat 


Stress boleh menurunkan kadar imunisasi tubuh anda. Jadi sebaiknya cuba luangkan waktu untuk rehat dan merehatkan tubuh. Jika tuntutan kerja agak membebankan sehingga memberi tekanan kepada anda, cubalah melakukan yoga.


 


4. Ketawa 


Cuba lebih terbuka minda di samping itu bercerita dan dengarkanlah lawak jenaka atau humor. Ketawa boleh meningkatkan system imunisasi dengan cara menurunkan kadar stress dan kecemasan. Selain itu, ketawa boleh meredakan ketegangan otot dan menigkatkan pengambilan oksigen.


 


5. Tidur 


Tidur nyeyak  selama lapan jam sehari juga boleh meningkatkan system pertahanan tubuh. Kurang tidur boleh meningkatkan kadar hormon stress yang seterusnya akan melemahkan system imunisasi.


 


6. Senaman 


Senaman berfungsi untuk menignkatkan hormone-hormon yang menguatkan imunisasi tubuh. Selain itu, olahraga juga merupakan cara yagn baik untuk mengurangkan kadar stress.


 


7. Minum air putih


Minum air putih merupakan langkah penting untuk mendapatkan kulit sihat. Kulit merupakan antara pertahanan pertama tubuh dalam melawan jangkitan luar.


 


8. Makan sihat 


Mereka yang obes dinyatakan lebih sukar melawan jangkitan penyakit, jadi lebih baik mempertahan berat badan ideal dengan menerapkan pola makan yang sihat. Ambillah diet kaya buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com