expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 27 May 2012

Angkasawan ISS lawat kapal angkasa swasta



















KOMANDER ISS, Oleg Kononenko (kanan) dan angkasawan, Donald Pettit menunjukkan isyarat bagus ketika berada di dalam kapal angkasa Dragon semalam. 


CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa kru Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam menjejakkan kaki ke dalam kapal angkasa lepas komersial pertama di dunia, Dragon SpaceX.


Kapal angkasa buatan syarikat SpaceX tersebut tiba di ISS pada hari sebelumnya.


Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Donald Pettit merupakan orang pertama yang masuk ke dalam kapsul Dragon.
Beliau berkata, kapsul berkenaan yang berbau seperti sebuah kereta baharu, boleh membawa muatan menyamai kapasiti sebuah trak pikap.


Pettit dan kru lain mempunyai masa hingga pertengahan minggu depan untuk mengeluarkan bekalan makanan yang dibawa Dragon dan mengisi kapsul berkenaan dengan barangan untuk dihantar ke Bumi.


Berpangkalan di California, SpaceX merupakan syarikat swasta pertama yang menghantar kapal angkasa ke ISS.


NASA menyerahkan tugas penghantaran tersebut bagi memberi tumpuan kepada misi untuk menghantar angkasawan ke asteroid dan Planet Marikh. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com