expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 28 May 2012

Fakta: Rahsia Alam (Bahagian III)




  • Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendek kerana penggunaan yang kerap.

  • Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.

  • Tidak ada 2 ekor kuda belang yang mempunyai tanda yang sama.

  • Labah-labah mempunyai hidung di kaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.

  • Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bias ke musuh sehingga sejauh 2.5m (8 kaki).

  • Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu.
  • Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidak boleh berbuat demikian.

  • Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.

  • Belalang boelh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.

  • Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu, mereka tidak boleh menggerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa menggerakkan keseluruhan kepala.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com