expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 31 May 2012

Fakta: Rahsia Alam (Bahagian IV)





  • Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan “tangan” yang baru akan tumbuh.


  • Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya.


  • Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.


  • Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.


  • Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!.


  • Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka.


  • Sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapatkan khasiat nya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah.


  • Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.


  • Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang atau kisar makanan semasa penghadaman.


  • Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com