expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 26 May 2012

'Harap surat buat Presiden FAM selesai keraguan'



Tan Sri Annuar Musa 


BERHARAP Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mahkamah dapat menyelesaikan segala keraguan berhubung Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014, Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa menghantar sepucuk surat kepada presiden badan induk itu, Sultan Ahmad Shah, semalam.


Annuar yang dipetik menerusi laman Facebooknya berkata, isi surat tersebut menghuraikan segala pandangan dan penemuan undang-undang berhubung artikel 88, Statut FAM serta segala kepincangan perundangan tatacara Sekretariat FAM dalam mengendalikan kesnya.


"Satu surat lagi akan dihantar kepada Setiausaha Agong FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berhubung peringatan pelbagai kesilapan dan tindakan 'mala fide' beliau termasuklah penyalahtafsiran yang dilakukannya terhadap faks Fifa berhubung 'orang yang diharamkan melibatkan diri dalam aktiviti bola sepak'," katanya.


Sebelum ini, Annuar yang ketika ini menjalani hukuman penggantungan selama 30 bulan serta tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuatkuasa 4 April lalu berdepan tindakan dipecat daripada barisan exco FAM selepas didapati gagal mematuhi tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com