expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 28 May 2012

Hodak: Satu mata pun memadai

















Aksi ketika pertemuan antara Kelantan dan Johor FC malam tadi.


KOTA BHARU - “Satu mata sudah memadai daripada langsung tidak memperolehi mata." Itu komen ringkas Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak setelah pasukannya diikat keputusan seri tanpa jaringan oleh Johor FC dalam aksi tunggal Liga Super yang berlangsung di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam semalam.


Mengakui tentangan sengit daripada pasukan berstatus kelab dalam perlawanan tersebut, Hodak walaubagaimana pun tidak mahu menyalahkan barisan pemainnya yang gagal mengekalkan momentum cemerlang untuk membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu.


“Secara jujur saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Secara keseluruhannya kita beraksi dengan baik, taktikal juga bagus tetapi faktor keletihan membunuh pemain untuk meraih tiga mata dalam perlawanan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com