expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 31 May 2012

Ilmu bukan hak eksklusif saintis




KUALA TERENGGANU 30 Mei - Para saintis perlu menyebarkan ilmu yang mereka peroleh untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama oleh masyarakat.


Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Awang Sariyan berkata, ia tidak sepatutnya menjadi hak eksklusif mereka.


Menurutnya, ilmu sains perlu diterap dan diberi pendedahan kepada rakyat seiring dengan matlamat pendidikan sains yang sentiasa menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat celik ilmu dan bijak membudayakan ilmu sains.


Namun, jelasnya, dalam usaha menyebarkannya, penulisan haruslah bermutu tetapi dengan laras bahasa yang disesuaikan dengan kelompok sasaran agar mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat.


"Adalah satu kerugian besar sekiranya ilmu itu tidak disampaikan dan ini juga boleh dikira sebagai satu diskriminasi kepada masyarakat umum," katanya selepas merasmikan Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2012, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com