expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 30 May 2012

Membazir atau keperluan?

















VANISHA MITTAL dan AMIT BHATIA

PERKAHWINAN termahal pernah tercatat setakat ini melibatkan anak perempuan kepada taikun besi, Lakshmi Mittal. Perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 18 November 2004 dilangsungkan di sebuah istana lama yang dibina pada kurun ke-17, Vaux le Vicomte di Perancis.


Menantu beliau ialah seorang ahli perbankan di Britain yang juga pemilik Swordfish Investment. Sebanyak 12 pesawat Boeing disewa khas untuk membawa tetamu dari India manakala penginapan mewah disediakan untuk 1,000 tetamu yang majoritinya ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.


Lebih 10,000 kuntum bunga digunakan untuk majlis tersebut dan seramai 45 chef ternama diupah untuk menyediakan lebih 100 jenis hidangan kepada tetamu.


Ketika perkahwinan berlangsung, Vanisha yang mendapat pendidikan di Universiti of London, berusia 23 tahun manakala pasangannya berusia 25 tahun. Kos keseluruhan perkahwinan dikatakan mencecah AS$78 juta (RM242 juta).

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com