expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 30 May 2012

Petua: Mencegah infeksi kerana paku yang berkarat




Paku yang berkarat memang berbahaya, luka akibat tercucuk paku berkarat boleh menyebabkan penyakit kancing gigi. 


Jika hal ini berlaku pada diri anda atau keluarga anda jangan panic sebaliknya cubalah usahakan sesuatu untuk mencegah infeksi sebelum mendapatkan rawatan daripada pihak yang berkenaan.


Mula-mula siramkan tempat yang luka akibat tercucuk paku itu dengan cuka makan yang dicampurkan dengan sedikit bawang merah yang sudah ditumbuk lumat. Setelah itu rendamkan kaki yang luka ke dalam campuran baki cuka dan bawang merah yang ditumbuk tadi.


Rendamkan sehingga rasa pedihnya hilang. Setelah itu pergilah mendapatkan rawatan selanjutnya melalui klinik yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com