expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 28 May 2012

Tukar rekaan setiap bulan






















SONGKET...masih mendapat permintaan daripada penggemar busana tradisional.


GAYA, kombinasi rekaan serta pilihan bentuk terkini menjadi pelengkap kepada pembuatan tudung ilham tersendiri hasil kreativiti pengasas bersama Galeri Tudung Eksklusif JnR.


Walaupun baru setahun jagung berada di pasaran, pasangan suami isteri, Jasni Termizi Abdullah, 37, dan Ruzaihah Abdullah, 37, menyediakan kepelbagaian pilihan tudung. Ini termasuk menggunakan kain daripada sifon, lycra, denim, kapas dan baldu bagi memberikan lebih keselesaan kepada pengguna terutama jika digayakan untuk jangka masa lama.























CERIA...penggunaan warna ceria menambahkan seri pemakai.






















ANGGUN...dipelbagaikan dengan rekaan serta bentuk baju berbeza.






















BUTIRAN MANIK...manik dijahit di bahagian tepi tudung bagi memberikan kelebihan.






















RINGKAS...rekaan mudah digayakan.


Malah, rekaan yang dikeluarkan juga ditukar setiap bulan bagi memberi ruang kepada pengguna mendapatkan bentuk dan corak terkini yang lebih menarik dan moden.


Untuk corak pada tudung bersulam, dia mengekalkan penggunaan bentuk sulaman kerawang Kelantan menggunakan tiga lapisan benang.


“Selain itu, bagi menghasilkan tudung lebih menarik saya menggunakan tambahan aksesori seperti swarovski dan manik dari Jepun kerana ia lebih berkilau walaupun digunakan untuk jangka masa lama. Aksesori ini diletakkan mengikut cita rasa dan kehendak pelanggan.


“Saya turut menyediakan ‘ubah suai’ bagi tudung bawal memandangkan kini penggunaan tudung berkenaan makin berkurangan disebabkan pemakaian tudung siap sarung bersengkuap,” katanya ketika ditemui di butiknya baru-baru ini.


Jasni berkata, di JnR kebanyakan tudung bawal diolah dengan menambahkan sengkuap bagi membolehkan ia digayakan semula tetapi dengan bentuk dan gaya terkini yang lebih mudah dan ringkas.


JnR juga menyediakan koleksi pakaian Muslimah yang boleh diperoleh secara tempah khas sama ada gaya tradisional atau moden mengikut pilihan tersendiri.


“Pelanggan boleh menyediakan lakaran busana diingini dan kami pastikan penghasilannya mengikut kehendak mereka.


“Penghasilan corak serta tudung dan pakaian sebolehnya ada kelainan yang jarang diperoleh pelanggan agar mampu memberikan impak terkini dalam dunia fesyen Muslimah” katanya.


Terima kasih: 

  •  Galeri Tudung Eksklusif JnR
  • No 1-56, Jalan Prima Sg 3/1, Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor (03-61868410 / www.jnrcollection.com)
  •  Model: Siti Nurhuda Samsudin dan Nija
  •  Tatarias: Massella Collection (019-6061894) dan AnnaSha                    (annashahana.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com