expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 16 July 2012

ATM sah juara Liga Perdana


















Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencipta sejarah apabila muncul juara Liga Perdana


PASUKAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencipta sejarah apabila muncul juara Liga Perdana musim ini selepas membelasah MP Muar 8-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini malam tadi.


Kejayaan tersebut membolehkan skuad bimbingan B. Sathianathan mengumpul 51 mata untuk dinobat juara ketika hanya tinggal satu perlawanan, sekali gus melangkah ke Liga Super musim depan.


Perolehan 51 mata itu tidak mampu dipintas oleh pencabar terdekat, Pahang, yang mengumpul 46 mata setelah mengatasi Pos Malaysia 3-1 di Stadium Temerloh.


Kemenangan tersebut membolehkan Pahang muncul selaku naib juara Liga Perdana dan mereka akan bersaing dengan pasukan tangga ke-10, 11 dan 12 Liga Super untuk merebut slot terakhir ke Liga Super musim depan.


Turut mencatatkan kemenangan selesa ialah pasukan tangga ketiga liga, Sime Darby FC yang menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan keputusan 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.


Tiga gol skuad bimbingan Ismail Zakaria itu dijaringkan oleh Mohd Arif Ismail pada minit ke-60 dan Mohd Irme Mat pada minit ke-86 dan 92.


Pasukan Johor mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan USM FC dengan keputusan 4-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.


Empat gol skuad Jengking dijaringkan oleh Mohd Munir Amran pada minit kedua dan 40, Andre Francisco De Silva (90) dan Juan Muriel Orlando pada masa kecederaan.


Pasukan tangga tercorot liga, Perlis turut mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas wakil Johor, MBJB FC di Stadium Utama Negeri, Kangar.


Empat jaringan skuad Singa Utara dilakukan oleh Mohd Hardi Ahmad pada minit ke-53 dan 60, Mohd Rozaidi Abdul Rahim (58) dan Hadi Syahmi Hamzah pada minit ke-64.


Turut mencatatkan kemenangan ialah Harimau Muda B yang mengalahkan wakil kelab Negeri Sembilan, Betaria FC dengan keputusan 3-0 di Stadium Shah Alam. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com