expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 29 July 2012

Berambut panjang kerana tradisi kuno


















Wanita-wanita Red Yao akan mencuci rambut mereka semasa musim panas dan gugur di sepanjang sungai Jinjiang.


BEIJING - Wanita etnik minoriti Red Yao tentu sekali menarik perhatian sesiapa sahaja yang memasuki perkampungan Huangluo Yao, China kerana kebanyakan wanitanya berambut panjang sehingga mencecah 2.1 meter setiap seorang.


Malah keunikan wanita-wanita ini menyebabkan Rekod Dunia Guinness mengiktiraf mereka sebagai perkampungan rambut terpanjang dunia.


Mereka hanya menggunting rambut sekali dalam seumur hidup iaitu semasa berumur 16 tahun, sebelum berkahwin.


Menurut mereka, mengikut adat hanya suami dan anak-anak dibenarkan membuka penutup kepala dan melihat rambut mereka. Jika ada orang lain yang berbuat demikian, individu itu akan dipaksa menjadi menantu dan tinggal sebumbung bersamanya serta ahli keluarga yang lain selama tiga tahun.


Namun, sebahagian wanita di kampung itu telah meninggalkan adat kuno mereka sejak 1987 lalu dan kini hanya 120 wanita yang masih berbangga dengan rambut panjang mereka di kampung yang digelar 'kampung rambut panjang'.


Di zaman moden kini, majoriti wanita enggan menyimpan rambut panjang tetapi bagi wanita Red Yao, berambut panjang dapat membuatkan mereka kelihatan cantik dan menarik pada pandangan mata si lelaki.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com