expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 12 July 2012

Facebook tidak undang bahaya





WASHINGTON 11 Julai - Kebimbangan mengenai kaitan antara kemurungan dengan jumlah masa yang diluangkan untuk melayari Facebook atau laman media sosial lain kemungkinan tidak berasas, menurut satu kajian di Amerika Syarikat (AS), minggu ini.


Kajian oleh Universiti Wisconsin itu mendapati, tidak ada asas yang menyokong teori Akademi Paediatric Amerika pada tahun lalu yang menyatakan pendedahan kepada Facebook boleh menyebabkan kemurungan di kalangan remaja.


"Kajian kami adalah yang pertama mendedahkan bukti saintifik mengenai kaitan antara penggunaan media sosial dan risiko kemurungan.


"Penemuan ini memberi kesan penting kepada pakar perubatan yang sebelum ini mungkin mengingatkan orang ramai tentang penggunaan media sosial dan risiko kemurungan," kata penyelidik di Fakulti Perubatan Universiti Wisconsin, Lauren Jelenchick.


Kajian Jelenchick dan Profesor Megan Moreno itu melibatkan 190 pelajar di universiti tersebut yang berumur antara 18 hingga 23 tahun.


Kumpulan pelajar itu diarah menggunakan separuh daripada masa mereka melayari Internet untuk bermain Facebook.


Hasilnya mereka mendapati tidak ada kaitan penting antara penggunaan media sosial dengan kemungkinan menghadapi kemurungan.


Keputusan itu disiarkan di Journal of Adolescent Health, semalam.


"Penemuan kami sama dengan hasil kajian yang dibuat ke atas aplikasi komunikasi lain seperti e-mel dan laman sembang yang turut mendapati tidak ada hubungan dengan risiko kemurungan," tulis penyelidik itu. - AFP

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com