expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 20 July 2012

Hajat besar ‘Pahlawan Merah’
















Sebahagian pemain QPR melayan peminat di Hotel Grand River View, Kota Bharu, petang semalam. 


Mahu kejut QPR saingan persahabatan di Shah Alam malam ini


Kota Bharu: Juara Liga Super 2012, Kelantan bercita-cita melakarkan kemenangan ketika berdepan kelab liga Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini. Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui walaupun sekadar perlawanan persahabatan, sebagai pasukan yang menguasai kuasa bola sepak negara ini, The Red Warriors akan tetap mempamerkan aksi cemerlang apabila berdepan dengan pemain bertaraf dunia itu. 


“Menjadi kebiasaan bagi The Red Warriors ketika berdepan pihak lawan, kemenangan pasti diutama. 


“Kami sedar QPR sebuah pasukan bagus dan ternama, namun tiada yang mustahil bagi pasukan gergasi Pantai Timur itu mencipta kejutan dalam perlawanan itu,” katanya pada sidang media perlawanan persahabatan antarabangsa dengan QPR di Hotel Grand River View, semalam. 


Turut hadir, Pengurus QPR, Mark Hughes dan Pegawai Media Persatuan Bola Kelantan (KAFA), Wan Badri Wan Omar. 


Pada 17 Julai lalu, QPR membenam Pilihan Sabah 5-0 di Stadium Likas, dan kini bakal berdepan cabaran ‘Pahlawan Merah’ yang pasti menjanjikan pelbagai aksi menarik sepanjang 90 minit perlawanan di Stadium Shah Alam, malam ini. 


Sementara itu, Hughes mengakui kurang mengenali perkembangan bola sepak negara ini, namun pemainnya teruja untuk beraksi bersama The Red Warriors yang baru saja menjuarai Liga Super baru-baru ini. 


"Ini kali pertama kita bersama Kelantan dan pemain saya teruja untuk menguji pasukan yang baru saja menjuarai Liga Super. Saya jangka satu perlawanan menarik),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com