expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 2 July 2012

Ketahui penyakit bahagian telinga




SAKIT telinga hingga kadang-kadang menjadi demam dengan telinga yang mengeluarkan cecair kekuningan ditambah pula dengan kurangnya deria pendengaran kurang jelas. Lebih perit, anda berasa sakit dan berdenyut-denyut.


Walaupun ramai yang menganggap ia seperti penyakit telinga biasa, hakikatnya ia boleh berubah menjadi satu penyakit yang kronik jika tidak dirawat.


Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang penyakit ini, ikuti temu bual Pakar Telinga , Hidung dan Tekak, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.


Menurut Dr. Raymond, terdapat tiga bahagian di dalam telinga iaitu bahagian luar, tengah dan dalam. 


"Bahagian luar telinga terdiri dari pina dan saluran atau kanal telinga luar. Bahagian dalam telinga merupakan rerongga yang bermula daripada gegendang dan mengandungi tiga tulang kecil (stirup,anvil dan hamma). Bahagian dalam telinga disambungkan ke tekak oleh tiub Eustachio


Sementara itu, bahagian tengah telinga mengandungi koklea, organ pengimbang dan sarafnya," jelasnya yang kini bertugas di Hospital Pantai Ampang dan Pusat Perubatan Taman Desa.


Tambah beliau, terdapat pelbagai jenis masalah telinga misalnya, kesakitan telinga yang mungkin berpunca daripada jangkitan tonsil, rahang atau sinus.



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com