expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 16 July 2012

Makanan untuk melangsingkan badan





Pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua aspek yang penting, iaitu penjagaan diet dan aktiviti fizikal. Dari segi pemakanan,  selain dari mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan, zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik. Dengan bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan, anda boleh menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kelaparan. Tip-tip berikut boleh membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan rendah kalori untuk memperbaikkan diet anda.




 
Vitamin C


Buah-buahan jenis sitrus yang kaya dengan vitamin C semulajadi seperti limau gedang, lemon dan oren boleh membantu dalam mengurangkan penyerapan lemak. Diet yang kekurangan vitamin C telah terbukti oleh pelbagai kajian bahawa ia boleh membawa kepada garis pinggang ( waistline) yang lebih luas. Anda boleh memenuhi keperluan seharian 75mg vitamin C dengan memakan sebiji oren ataupun secawan strawberi.




 
Teh


Menurut The American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil  jumlah catechin ( antioksidan dalam daun the yang boleh menggalakkan pembakaran lemak ) yang paling tinggi lebih mengalami peanmbahan berat badan yang kurang berbanding dengan mereka yang kurang meminum teh dalam jangkamasa 14 tahun . Dalam memilih jenis  the, adalah digalakkan untuk membeli jenis teh hijau atau putih kerana ia mempunyai kandungan catechin yang lebih tinggi.




 
Pisang 


Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potassium, dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium ( yang menghasilkan gas ) dalam badan anda. Pisang juga murah juga harganya, senang didapati, serta mudah untuk dibawa dan dimakan.




 
Makanan rendah GI ( indeks glisemik )


Makanan yang rendah GI, iaitu jenis yang dihadam dengan perlahan boleh membantu anda berasa lebih kenyang sepanjang hari, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Journal of Nutrition. Makanan  jenis rendah GI termasuk bijirin dan sayuran dan juga sesetengah buah-buahan seperti limau gedang dan beri biru.




 
Jauhi makanan yang tinggi kandungan gula


Sekiranya anda menyemak label makanan, anda akan mendapati kebanyakkan mempunyai gula tambahan ( seperti sirap jagung berfruktosa tinggi dan gula putih yang diproses ). Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan peningkatan mendadak jumlah kandungan gula dalam darahl. Ia boleh menjejaskan rangsangan hormon leptin yang mengawal selera dan metabolisme dan akan menyebabkan anda lebih berselera untuk memakan lebih daripada biasa. Apabila rangsangan leptin terjejas, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengawal selera dan kalori yang berlebihan akan ditukar dan disimpan dalam badan sebagai lemak. Oleh yang demikian, apabila anda membeli makanan, pilihlah jenis yang mempunyai kandungan lemak tak tepu dan berserat tinggi seperti sayuran dan kekacang.



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com