expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 20 July 2012

Roti bakar Putera Charles dilelong AS$361




LONDON 20 Julai - Sekeping roti bakar yang ditinggalkan oleh Putera Charles ketika bersarapan pada hari perkahwinannya dengan Puteri Diana pada 1981, dilelong dengan harga AS$361 (RM1,119).


Roti bakar tersebut disimpan oleh seorang bekas pembantu istana, Rosemarie Smith sebagai kenangan perkahwinan Charles dan Diana yang ditonton oleh 750 juta orang di seluruh dunia.


Roti bakar tersebut dijual dalam satu acara lelong anjuran Syarikat Charles Hanson di Etwall, Derbyshire, semalam. - REUTERS

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com