expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 15 July 2012

Sadur nama Bob Marley untuk parasit marin


















Gnathia Marleyi (kanan) dinamakan sempena memperingati dan penghormatan kepada penyanyi reggae, Bob Marley.


KINGSTON - Sejenis parasit penghisap darah hidupan laut di terumbu karang perairan pulau Caribbean telah dinamakan Gnathia Marleyi sempena mengambil nama ikon reggae Jamaica, Bob Marley.


Ahli Biologi Universiti Arkansas, Paul Sikkel berkata, penemuan Gnathia Marleyi berlaku di kepulauan Virgin, Amerika Syarikat (AS) sejak 10 tahun lalu tetapi baru sahaja memperkenalkan namanya bagi memberi penghormatan kepada Marley yang meninggal dunia pada 1981.


"Makhluk krustasia kecil ini adalah spesies baru dalam keluarga gnathiids iaitu sejenis parasit biasa ditemui pada terumbu karang yang secara ekologinya bersamaan dengan penghisap darah di daratan. Ia turut mengerumuni beberapa spesies ikan yang menghuni terumbu cetek di timur Caribbean," katanya.


Selain itu, beberapa selebriti terkenal seperti pelawak, Stephen Colbert dan penyanyi Beyonce turut diberi penghormatan dalam menamakan serangga sempena nama mereka.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com