expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 16 July 2012

Saintis cipta doping gen




PARIS - Ketika atlet bersedia untuk beraksi pada Olimpik London, para saintis juga bertungkus-lumus membangunkan ujian terhadap atlet yang cuba untuk memanipulasi gen semata-mata terdesak memenangi pingat emas.


Belum dipastikan sama ada doping gen sudah diguna pakai.


"Hari ini, tidak. Ia tidak boleh diuji. Jika atlet yang telah diubahsuai memenangi 100 meter pecut di London 2012, kita tidak tahu buat jangka masa terdekat.


"Mungkin pada tahun akan datang, ujian menunjukkan bahawa doping gen akan digunapakai dan kita akan cuba untuk melucutkan kemenangan mereka," kata ahli biologi, Andy Miah.


Secara teori, doping gen dapat mengenal pasti sama ada atlet tersebut tersebut menyuntik DNA ke dalam badan mereka, bagi membolehkan pembentukan otot dan percambahan sel darah merah yang membawa oksigen ke otot.


Pada 2006, badan sukan dunia mengambil perhatian apabila jurulatih olahraga Jerman dituduh mencari terapi gen yang dipanggil Repoxygen menjelang Olimpik musim sejuk.


Ia mungkin rawatan untuk anaemia, di mana Repoxygen mengandungi virus sintetik yang membawa gen untuk erythropoietin (EPO), hormon yang akan menambahkan lagi sel darah merah.- AFP

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com