expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 14 October 2012

Pemburu lahar





DUA jurugambar sanggup menggadai nyawa untuk menjadi perakam pertama imej luar biasa mengenai detik lahar gunung berapi mengalir memasuki laut. 


Nick Selway, 28, dan CJ Kale, 35, memberanikan diri mengharungi air sepanas 43 darjah Celsius untuk membolehkan mereka merakamkan imej berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Selway dan Kale juga berdepan bencana apabila berada hanya beberapa meter dari lahar berkenaan. Mereka menghabiskan masa berhari-hari ‘memburu’ lahar berkenaan ketika ia mengalir dari Kilauea melalui Kalapana, Hawaii.





BAHAYA... jurugambar terpaksa berada agak hampir dengan aliran lahar untuk mendapatkan sudut terbaik.


Untuk membolehkan setiap detik berharga itu diabadikan, Selway dan Kale juga berkhemah di pinggir gunung berapi aktif berkenaan.

Menggunakan bekas pelindung mudah untuk kamera, mereka pula cuba memakai seluar pendek dan selipar sambil timbul dan tenggelam dalam air laut ketika memetik punat kamera. Sebenarnya bahaya bukanlah sesuatu yang asing kepada kedua-dua jurugambar terbabit. Tahun lalu, Kale tergelincir ke jurang sedalam enam meter bersama peralatan kamera seberat kira-kira 20 kilogram yang disandangnya. Insiden itu menyebabkan buku lalinya patah.





Kale juga terpaksa dipapah menaiki lereng bukit sejauh tiga kilometer sebelum diberi rawatan.


Beberapa orang lain terbunuh akibat tanah runtuh di kawasan berkenaan. Berasal dari Hawaii, Kale berkata, dia bersama Selway sering mengelilingi dunia untuk merakamkan pelbagai gambar menarik.

“Cuma, gambar gunung berapi kami rakamkan di sini kerana ia begitu hebat,” katanya. Menurut Kale, hampir setiap hari mereka menghabiskan masa di pinggir gunung berapi - sama ada memulakan perjalanan ke situ pada tengah malam bagi ‘mendahului’ matahari terbit, atau berjalan pada siang dan bermalam di situ. Katanya, mereka menggunakan pelindung yang sering digunakan di kalangan penyelam untuk mengelakkan kamera terkena panas atau dimasuki air. “Kami memang seronok membuat kerja ini tetapi ia sangat berbahaya.





“Saya tidak akan menggalakkan sesiapa mencubanya sendiri,” katanya. Kale berkata, secara bandingan, memang tidak ramai jurugambar terkorban ketika bertugas berhampiran gunung berapi setiap tahun.

“Biasanya kami akan mengambil gambar dalam kumpulan besar,” katanya. Walaupun begitu, hanya Kale dan Selway - jurugambar dari Washington, Amerika Syarikat - yang berjaya merakamkan gambar paling unik untuk tatapan di seluruh dunia. Kata Kale, ia adalah pengalaman luar biasa dan mereka berasa bertuah mampu menjadikan gambar sebagai punca rezeki. “Setiap rakaman adalah istimewa dan amat unit. Saya tak fikir akan mencari pekerjaan lain,” katanya. Hawaii terbentuk daripada kepulauan gunung berapi yang terletak di ‘titik panas’ geologi di Pasifik Tengah.





Ada lapan pulau utama di situ dan enam daripadanya dibuka untuk pelancongan. Hawaii - atau bermaksud Pulau Besar - adalah yang terbesar di kalangan pulau di gugusan itu.





Gunung Berapi Mauna Kea dan Taman Negara Gunung Berapi Hawaii - yang menempatkan dua gunung berapi terbesar dan paling aktif di dunia - terletak di pulau berkenaan.

Ketika ini ada tiga gunung berapi aktif di Hawaii.



Gunung Berapi Mauna Kea dan Taman Negara Gunung Berapi Hawaii - yang menempatkan dua gunung berapi terbesar dan paling aktif di dunia - terletak di pulau berkenaan.

Ketika ini ada tiga gunung berapi aktif di Hawaii.


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com