expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 14 October 2012

Perpustakaan tempat bunuh diri


















Jeriji dipasang di balkoni Perpustakaan Elmer Holmes Bobst untuk mengelak pelajar membunuh diri.


Universiti bina jeriji elak kejadian berulang


New York: Pihak pentadbiran Universiti New York baru-baru ini bertindak memasang jeriji di perpustakaannya, dikenali Perpustakaan Elmer Holmes Bobst, bertujuan menghalang lokasi itu digunakan sebagai tempat membunuh diri. 


Akhbar New York Post melaporkan, jeriji berkenaan dipasang selepas tiga pelajar membunuh diri dengan melompat dari balkoni bangunan perpustakaan setinggi 12 tingkat itu sejak 2003. 


Jeriji dengan ketinggian lebih enam meter itu dihasilkan seorang pereka, Joel Sanders diperbuat daripada besi yang dicat dengan warna emas. Besi itu dibentuk menyerupai pixel digital dan diharap dapat menghalang pelajar daripada terjun untuk membunuh diri.


Sebelum ini pihak universiti memasang dinding kaca gentian sebagai penghadang, tetapi diganti selepas didapati menghalang pemandangan.


Ketika dibuka pada 1973, pengkritik seni bina akhbar New York Times, Paul Goldberger, menyifatkan bangunan perpustakaan itu sebagai salah satu hasil seni bina paling hebat di New York.























Bangunan Perpustakaan Elmer Holmes Bobst Universiti New York.


Perpustakaan itu itu mempunyai 3.7 juta jilid, 58,000 judul dan lebih 5.4 juta mikroform, namun ia kemudian dicemari dengan tragedi silih berganti. 


Pada September 2003, pelajar baru John D Skolnik, menemui ajal selepas terjun dari atrium manakala pada 10 Oktober Stephen Bohler, turut membunuh diri.


Ketika itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan memasang kaca gentian setinggi 3.5 meter bagi kejadian itu daripada berulang.


Bagaimanapun pada November 2009, seorang pelajar Andrew E Williamson, berjaya memanjat penghadang terbabit sebelum membunuh diri. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com