expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 13 March 2013

10 Cara Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa Kita




Redha Allah S.W.T. adalah terletak pada redha ibu bapa kita. Kalau ibu bapa kita marah atau kecil hati dengan kita, maka jawabnya susah lah hidup kita. Bukan hanya di dunia kita tak selamat (tiada keberkatan), malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti.


Jadi, seribupilihan menyeru kepada anda semua agar mentaati dan jagalah kedua ibu bapa anda sebaik mungkin. Sementara mereka masih hidup ini, cubalah berbakti kepada mereka seberapa banyak yang boleh.





Sebenarnya banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu bukan sahaja berbentuk material semata-mata malah, ianya merangkumi elemen spiritual dan hubungan kasih sayang yang perlu ditunjukkan oleh setiap insan bernama ANAK. Apatah lagi jika ibu bapa anda semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.


Berikut ini seribupilihan kongsikan 10 bakti /kebaikan yang boleh anda lakukan untuk ibu bapa anda :




1. Menghulurkan bantuan kewangan @ material

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.




2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.




3. Memberi kasih sayang


Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.


Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah S.W.T. agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.


Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)





4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.




5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata : Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda : "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?", tanya saya lagi. Baginda S.A.W. menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya, "Apa lagi?" Jawab Baginda S.A.W. : "Berjihad pada jalan Allah."




6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ;
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud:
"Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."





7. Bercakap dengan lemah lembut


Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah S.A.W. bermaksud:
"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah S.A.W., dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).


Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.








8. Menghadiahkan kejayaan


Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.






9. Meluangkan masa bersama-sama


Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.









10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa


Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia.


Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup. Jangan jadi macam saya, dah meninggal baru nak menyesal.



54 comments:

  1. In Shaa Allah...tima kasih atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  2. mudah - mudahandengan perkongsian ini semoaga kita semua berusaha menjdi ank yg soleh / solehah :) Amiin..

    ReplyDelete
  3. michelle mau jadi anak yg dibanggakan ibubapa suatu hari nanti.
    mudah-mudahan ^^

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. besar berkatnya berbakti kpd ibu bapa membawa hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  5. Semoga kita semua menjadi ank2 yg soleh & solehah.. Amin

    ReplyDelete
  6. semoga kita semua berbakti kepada ibu bapa kita :)

    ReplyDelete
  7. antara cara yg lain, marapatkan tali silaturrahim dengan sahabat2 ibubapa, sekiranya mereka telah tiada...

    ReplyDelete
  8. perkongsian yg menarik...elakkan dari jadi mcm si tanggang...

    ReplyDelete
  9. paling penting hargai mereka selagi merka ada =)

    ReplyDelete
  10. Salam Liyana, maaf sangat2 kak intan baru mai singgah sini...maaf ya dear...terima kasih tak terhingga sudi terjah blog kakk intan..:) salam kenal ya dalink

    ReplyDelete
  11. artikel yang sangat bagus.... :)

    ReplyDelete
  12. hargai mak ayah kta sementara mereka masih ada....

    ReplyDelete
  13. tanpa mereka siapalah kita :)

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah. sentiasakan amal amalan menghormati yg tersayang kita ini. insyAllah. =D

    ReplyDelete
  15. Like artikel ni.. nasihat yang berguna

    ReplyDelete
  16. betul2 kasi berkhidmat dengan kedua ibu bapa dulu.. jasa depa besar sangat2.. tak terbalas. suka entry nie. thankz :)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.....banyak perkara2 diatas tu telah yan lakukan insyaallah akan di teruskan sehingga nyawa di kandung badan.....

    ReplyDelete
  18. mengenai tempat tinggal, banyak anak sekarang yang setelah berkeluarga malah numpang hidup di rumah kedua orang tuanya, kemudian orang tuanya dapat kamar yang kecil, anaknya dapat kamar yang besar....dunia sudah terbalik kayaknya ya :-)

    ReplyDelete
  19. betul2..sebagai sorg anak,kite kenelah balas jasa ibu bapa yg selama ni dh byk berkorban utk kite dari kecik sampailah sekarang..yg penting ikhlas..;-)

    ReplyDelete
  20. sebagai anak memang kenalah berbakti .. jasa mereka tiada tandingannyer...

    ReplyDelete
  21. Beruntunglah ibu bapa anda kerana memperolehi anak seperti anda.
    Mudah-mudahan kekallah begini selamanya.
    Salam kenal dari saya.

    ReplyDelete
  22. perkongsian yg baik buat yg bgelar anak....

    ReplyDelete
  23. Dapat share info macam ni, berulang kali baca pun, sentap hati...
    Terima kasih atas info :)

    ReplyDelete
  24. sayang ibu...
    tq artikel ini NL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://mamarey.blogspot.com/2013/04/top-commenters-widget.html
      entry untuk Liyana..maaf lambat jawab ya..


      Delete
    2. as-salam lama tak dengar berita..harap NL sihat sejahtera..:)

      Delete
  25. subhanallah sobat,, potingannya sangat bagus,, smoga smua yang baca bisa termotifasi ni sobat,,
    salam kenal yea :)

    ReplyDelete
  26. satu perkongsian yang menarik..terima kasih

    ReplyDelete
  27. sayangnya kat kedua ibu bapa... tidak terbalas jasa mereka...

    ReplyDelete
  28. padat pesanan ni.. byk muda mudi sekarang dah terlepas pandang.. memang menarik info ni..

    ReplyDelete
  29. nice sharing..:)

    jemput ke blog sy jgk.. :)
    http://vitamindelight.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. Salam noor,

    Mak dgn ayah saya pun dah tak de... rindu pula rasanya. Beruntunglah pada sesiapa yang masih ada emak dan ayah. Nice sharing...

    Jemputlah ke blog saya.


    ReplyDelete
  31. baiklahhh
    eh awat lama tak update ? hehe

    ReplyDelete
  32. mudah-mudahan dengan amalan tersebut diatas dapat dimanfaatkan sepenuhnya, amin.

    ReplyDelete
  33. betul, jangan sekali2 lupa berdoa utk kedua ibubapa..tanpa mereka siapalah kita..

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum, mudah mudahan kita semua ada dalam semua setiap kategori yang tertera diatas, amin.

    ReplyDelete
  35. mariappan a/l tanjawalai29 July 2013 at 22:31

    nice...............

    ReplyDelete
  36. Terima kasih Atas Kasih n Sayang Mu ( AYAH & IBU )
    Do'a qu akan selalu untuk Mu ...

    ReplyDelete
  37. Ada pernah terdengar jiran berkata, yg dikatakan anak tu masa kecil.. dah besar sibuk dengan urusan masing2 :)

    ReplyDelete
  38. Bak kata pepatah emak seorang boleh jaga anak 10org, anak 10ors belum tentu boleh jaga emak seorang. :)

    http://www.vitaminboutique.blogspot.com

    ReplyDelete
  39. assalammualaikum..minta mohon share sekadar perkongsian ilmu bersama...terima kasih

    ReplyDelete
  40. assalamuailaikum miss saya nak mohon utk share petikan ini utk membuat bahan rujukan dalam kerja kursus saya,,terima kasih.,,,:) sangat padat isi nya dan bermakna..terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  41. assalamuailaikum miss saya nak mohon utk share petikan ini utk membuat bahan rujukan dalam kerja kursus saya,,terima kasih.,,,:) sangat padat isi nya dan bermakna..terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  42. Memang bagus. Sya sharekandlm gb untuk tazkirah anak2. TQ

    ReplyDelete
  43. Peringatan buat yg senang lupa ibu ayah. TQ.

    ReplyDelete
  44. Peringatan buat yg senang lupa ibu ayah. TQ.

    ReplyDelete
  45. Saya berharap saya dapat jadi anak yg solehah yg berbakti kpd org tua saya. I love my parent much. Doakan saya ya sahabat agar menjadi anak yg sentiasa menjaga adab ktk bersama dengan ibu dan ayah saya. Saya doakan kalian yg amin kan doa saya ni jugak jadi anak yg soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  46. Saya berharap saya dapat jadi anak yg solehah yg berbakti kpd org tua saya. I love my parent much. Doakan saya ya sahabat agar menjadi anak yg sentiasa menjaga adab ktk bersama dengan ibu dan ayah saya. Saya doakan kalian yg amin kan doa saya ni jugak jadi anak yg soleh dan solehah.

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com